Selasa, 16 Ogos 2011

Sistem Pertandingan Permainan Sofbol





Padang Sofbol

Sistem Pertandingan :
Dijalankan secara liga dan atau cara kalah mati seperti berikut;
  1.   Cara 3 kumpulan (A,B, dan C) :
 Pusingan Awal
- sekiranya sembilan pasukan atau lebih mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan pertandingan dijalankan secara liga.
-Johan Naib Johan, tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan (Seeded) dalam kumpulan berikut: Johan (kumpulan A)
            Naib Johan (kumpulan B)
            Tempat ketiga (kumpulan C)
*Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan cabutan undi.

     2.    Cara 2 kumpulan (A dan B) :
 
Pusingan Awal
-sekiranya lapan pasukan dan kurang mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B dan pertandingan hendaklah dijalankan secara liga.

-Johan dan Naib Johan dalam pertandingan tahun lalu (Seeded), akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut: Johan (kumpulan A)
            Naib Johan (kumpulan B)
*Pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan tersebut dengan cabutan undi.
-sekiranya pasukan yang diutamakan (Pilihan) tidak mengambil bahagian, pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pusingan Separuh Akhir/Akhir
-Johan kumpulan X akan melawan Johan kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan
-Naib Johan kumpulan X akan melawan Naib Johan kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga dan keempat (Per: 4.2 untuk cara tiga kumpulan)
-Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B untuk menentukan paasukan ke pertandingan akhir
-pasukan yang kalah dalam perlawanan separuh akhir akan menentukan tempat ketiga dan keempat

*Semua perlawanan kecuali perlawanan  akhir dijalankan selama 1 jam 20 minit atau 5 inning untuk kategori umur 15 tahun dan 18 tahun.

Baju Sofbol SMKSP Tahun 2007

"Fuhh.. best main sofbol". Haa, mesti ayat ni akan terpancul dari mulut anda selepas merasa sendiri permainan ini. Siapa yang tak cuba lagi, bawa-bawa la mencuba. Rasailah nikmatnya.
Gambar di atas ni, saja saya nak tunjuk kat anda. Sebenarnya, baju ni kepunyaan saya. Saya guna baju ni masa terlibat dalam pertandingan sofbol peringkat daerah tahun 2007 bagi mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir kat Kedah. Macam-macam posisi permainan yang saya dah cuba, contohnya pitcher, catcher, first base, second base, short stop, dan third base (semua ni untuk  pemain yang berada dalam padang berbentuk diamond). Di luar padang diamond pun saya pernah main, iaitu right field, centre field, dan left field. Tapi, posisi yang menjadi kegemaran saya sampai sekarang ni adalah short stop, yang posisinya berada di antara second base dan third base. Fuhh, memang strategik tempatnya. Selalu dapat bola!!.. Pada tahun ni, pasukan kami mendapat tempat kedua. Kira ada peningkatan laa sebab tahun sebelum tu pasukan kami mendapat tempat ketiga.




Isnin, 15 Ogos 2011

Pengalaman dalam Sukan Sofbol

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Salam satu SOFBOL !!!

Nama saya, rasanya semua kenal kot.. Syed Aminnudin Bin Syed Ismail. Saya bermain sofbol dari Form 1 lagi. Pernah bermain sebagai pemain utama bawah 18 tahun dalam permainan sofbol dan telah mewakili SMK RLKT Lasah di peringkat daerah Kuala Kangsar, Perak. Sebenarnya saya bersyukur sangat dapat bermain kat sekolah tersebut sebab sekolah ni telah berjaya merangkul pingat emas dalam sukan sofbol sebanyak 14 kali berturut-turut. Gambar ini telah diambil oleh seorang makhluk ALLAH pada hari pertama perlawanan sofbol peringkat daerah sebelum menentang SMJK(C) Tsung Wah. Sekolah kami telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan kali ini iaitu pada tahun 2008.

 Saja saya nak pamerkan di sini nama-nama rakan seperjuangan termasuklah jurulatih sofbol yang terdapat di dalam gambar di atas. Kalau ada gambar ja, tak guna juga kan. Dari kiri barisan belakang iaitu Encik Zaimy, Encik Kamarul Amri, Khairul, Farhan, Amirul, Haikal, Safuan, Aidil, dan Encik Adnan. Manakala dari kiri barisan hadapan pula, Shahrizat, Farid, Syed Amin (saya sendiri), Zamri, Al-Padel, dan Adha.

  Masa tu, saya berada di tingkatan 5 dan masih bergiat aktif dalam sukan sofbol kerana minat yang mendalam dalam sukan ini. Jika nak tahu, kami sentiasa bersiap sedia sebelum perlawanan itu diadakan sepertimana pepatah Melayu, 'Sediakan payung sebelum hujan'. Kami berlatih bertungkus-lumus sebulan sebelum perlawanan tersebut diadakan. Alhamdulillah, berkat kesungguhan yang kami tonjolkan, akhirnya pasukan kami yang digelar The Banshees (jembalang maut main sofbol) telah memperoleh tempat pertama dengan berjaya mengalahkan SM Teknik Kuala Kangsar yang berada di tempat kedua dan SMK Tok Muda Abdul Aziz yang berada di tempat ketiga. Kami memang amat berterima kasih kepada coach kami, En. Adnan dan lain-lain sebab giat turun padang untuk melatih kami.

  Perjuangan kami tidak berhenti di sini. Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, enam orang termasuk saya sendiri telah berjaya membawa nama baik sekolah ke peringkat negeri Perak dengan mewakili daerah Kuala Kangsar. Perlawanan ini telah diadakan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Dalam perlawanan tersebut, banyak pasukan dari daerah lain yang telah memberikan tentangan sengit kepada kami. Daerah-daerah yang boleh dikatakan mempunyai benteng yang kuat, antaranya seperti daerah Kinta Utara, Manjung, Hulu Perak, Manong, Taiping dan lain-lain. Bagaikan tengah berperang, kami cuba untuk meletakkan pasukan di tempat yang terbaik. Tetapi apakan daya, kami hanya berjaya ke peringkat suku akhir setelah ditewaskan oleh pasukan dari daerah Manjung. Walaupun terdapat sedikit kekecewaan, kami tetap berpuas hati kerana berpeluang melibatkan diri dalam perlawanan di peringkat negeri ini.

  Pengalaman saya dalam sukan sofbol , tak kan pernah saya lupakan. Sebabnya, pengalaman tersebut memberikan seribu satu makna dalam hidup saya sepertimana terbinanya ukhwah dalam kalangan kami yang sama-sama terlibat dalam sukan berkenaan. Apabila saya teringat akan sukan ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah sahabat-sahabat lama yang kini, entahlah.. saya pun tak tahu dia orang tinggal kat mana (nombor telefon tak sempat nak ambil).

Itu sahaja pengalaman yang dapat saya kongsi dengan anda semua..

Sekian, terima kasih.

Cara Permainan Sofbol


  Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut mengenai permainan ini, video ini akan dipertontonkan terlebih dahulu kepada anda. Mesti ternganga punyalah bila tengok video ni..!! Nampak hebat bila lelaki main sofbol. Terbang sana sini untuk tangkap sebiji bola yang dipukul pihak lawan. Perempuan macam mana pula?!! Sebenarnya, perempuan pun tidak kurang hebatnya. Haa, video tu ada, tapi lain waktu saya akan pertontonkan kat hampa semua (hehe.. ada loghat Kedah sikit).

  Minta maaf..!! Video ni cuma ada suara latar dalam bahasa Inggeris sahaja. Sari kata pun tak ada. Sesiapa yang faham tu, baguslah!! Yang lemah B.I macam saya ni, anda buat-buat faham sudah.. Tapi saya mampu terang sikit-sikit saja berkenaan video tadi, berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa.




Isnin, 1 Ogos 2011

Peralatan dalam Pemainan Sofbol

Bola Sofbol :
Minima peralatan yang diperlukan dalam sebuah permainan sofbol termasuk sebiji bola. Sofbol menggunakan bola berwarna putih sebagai bola dalam latihan dan bola kuning sebagai bola yang digunakan dalam pertandingan. Kedua-duanya berbenang grip berwarna merah yang sebelumnya berwarna putih dengan grip putih.

Sarung Tangan :
Sarung tangan (glove) dipakai oleh kesemua pemain yang berada pada posisi bertahan. Pemain tersebut ditugaskan untuk menangkap bola daripada pihak lawan yang bertindak sebagai pemukul. Sarung tangan tersebut boleh didapati dalam banyak jenis, antaranya ialah Mizuno, Rawlings, Nokona, Wilson, Worth, dan Easton.

Kayu Pemukul :
Kayu pemukul (bat) yang digunakan dalam pertandingan rasmi adalah bat khusus yang diperuntukkan untuk sofbol. Penentuan dan ciri bat yang boleh digunakan adalah tertakluk dalam peraturan Softball International Federation (SIF). Kayu pemukul sofbol ini dibuat daripada besi bagi menghasilkan pukulan yang lebih kuat disebabkan saiz bola sofbol yang besar.




Sejarah Permainan Sofbol

Sejarah permainan sofbol bemula di Amerika Syarikat yang diciptakan di kompleks olahraga Farragut Boat Club Chicago, Illinois 16 September 1887 secara tidak sengaja oleh George Hancock. Pada mulanya terdapat alumni dari Universiti Yale dan Harvard sedang mendengarkan pertandingan akhir sepak bola Amerika antara Yale dan Harvard di Kelab Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan iaitu kemenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan gembiranya melempar sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihatkan keadaan itu, George Hancock, seorang reporter Chicago Board of Trade telah memperoleh sebuah idea. Dia menyarankan untuk membuat sebuah permainan di dalam ruangan dengan bola yang dibuat dari sarung tinju tadi. Dia mengambil sarung tinju itu dan mengikatnya dengan ketat menggunakan seutas tali supaya menyerupai bola. Kemudian dengan beberapa batang kapur, Hancock menandakan pada lantai Farragut Boat menyerupai padang besbol.

  Di awal abad ke-20, sofbol mula dimainkan di luar. Pada 1908, organisasi amatur untuk permainan baru ini (National Amateur Playground Ball Association of the United States) merancang agar olahraga ini dimainkan di luar dengan menggunakan bola yang lebih besar. Tahun 1923, Kongres Rekreasi Nasional (the National Recreation Congress) meminta kebenaran untuk menstandardisasi olahraga ini. Pada tahun 1926, nama 'softball' digunakan walaupun belum dirasmikan.

  Sejak tahun 1933, sofbol telah menjadi sebuah nama rasmi apabila kejuaraan dunia pertama dilaksanakan di bawah Persatuan Sofbol Amatur Amerika (Amateur Softball Association of America) di mana telah digunakan sebagai peraturan asas di Amerika. Juara untuk sofbol kelas lelaki pada saat itu adalah J. L. Gills dari Chicago, dan juara kelas wanita iaitu Great Northerns dari kota yang sama. Walaupun kejuaraan yang dipertandingkan adalah amatur, mereka biasa ditaja oleh organisasi industri di wilayahnya.

  Dilihat dari segi penyertaan, sofbol telah berkembang menjadi olahraga pasukan yang besar dan digemari. Dengan padang yang lebih kecil, memudahkan penglibatan wanita dalam permainan ini. Pada tahun 1960 an, sebahagian dari 125,000 pasukan telah mendaftar di Persatuan Sofbol Amatur Amerika dan seterusnya diadakan enam kejuaraan nasional pada setiap tahun. Di negara lain, sofbol juga menjadi sebuah permainan yang digemari dan turut disertai oleh lelaki dan wanita tidak kira tua atau muda.