Sejarah permainan sofbol bemula di Amerika Syarikat yang diciptakan di kompleks olahraga Farragut Boat Club Chicago, Illinois 16 September 1887 secara tidak sengaja oleh George Hancock. Pada mulanya terdapat alumni dari Universiti Yale dan Harvard sedang mendengarkan pertandingan akhir sepak bola Amerika antara Yale dan Harvard di Kelab Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan iaitu kemenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan gembiranya melempar sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihatkan keadaan itu, George Hancock, seorang reporter Chicago Board of Trade telah memperoleh sebuah idea. Dia menyarankan untuk membuat sebuah permainan di dalam ruangan dengan bola yang dibuat dari sarung tinju tadi. Dia mengambil sarung tinju itu dan mengikatnya dengan ketat menggunakan seutas tali supaya menyerupai bola. Kemudian dengan beberapa batang kapur, Hancock menandakan pada lantai Farragut Boat menyerupai padang besbol.
Di awal abad ke-20, sofbol mula dimainkan di luar. Pada 1908, organisasi amatur untuk permainan baru ini (National Amateur Playground Ball Association of the United States) merancang agar olahraga ini dimainkan di luar dengan menggunakan bola yang lebih besar. Tahun 1923, Kongres Rekreasi Nasional (the National Recreation Congress) meminta kebenaran untuk menstandardisasi olahraga ini. Pada tahun 1926, nama 'softball' digunakan walaupun belum dirasmikan.
Sejak tahun 1933, sofbol telah menjadi sebuah nama rasmi apabila kejuaraan dunia pertama dilaksanakan di bawah Persatuan Sofbol Amatur Amerika (Amateur Softball Association of America) di mana telah digunakan sebagai peraturan asas di Amerika. Juara untuk sofbol kelas lelaki pada saat itu adalah J. L. Gills dari Chicago, dan juara kelas wanita iaitu Great Northerns dari kota yang sama. Walaupun kejuaraan yang dipertandingkan adalah amatur, mereka biasa ditaja oleh organisasi industri di wilayahnya.
Dilihat dari segi penyertaan, sofbol telah berkembang menjadi olahraga pasukan yang besar dan digemari. Dengan padang yang lebih kecil, memudahkan penglibatan wanita dalam permainan ini. Pada tahun 1960 an, sebahagian dari 125,000 pasukan telah mendaftar di Persatuan Sofbol Amatur Amerika dan seterusnya diadakan enam kejuaraan nasional pada setiap tahun. Di negara lain, sofbol juga menjadi sebuah permainan yang digemari dan turut disertai oleh lelaki dan wanita tidak kira tua atau muda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan