Padang Sofbol
Sistem Pertandingan :
Dijalankan secara liga dan atau cara kalah mati seperti berikut;- Cara 3 kumpulan (A,B, dan C) :
- sekiranya sembilan pasukan atau lebih mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan pertandingan dijalankan secara liga.
-Johan Naib Johan, tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan (Seeded) dalam kumpulan berikut: Johan (kumpulan A)
Naib Johan (kumpulan B)
Tempat ketiga (kumpulan C)
*Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan cabutan undi.
2. Cara 2 kumpulan (A dan B) :
Pusingan Awal
-sekiranya lapan pasukan dan kurang mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B dan pertandingan hendaklah dijalankan secara liga.
-Johan dan Naib Johan dalam pertandingan tahun lalu (Seeded), akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut: Johan (kumpulan A)
Naib Johan (kumpulan B)
*Pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan tersebut dengan cabutan undi.
-sekiranya pasukan yang diutamakan (Pilihan) tidak mengambil bahagian, pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
Pusingan Separuh Akhir/Akhir
-Johan kumpulan X akan melawan Johan kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan
-Naib Johan kumpulan X akan melawan Naib Johan kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga dan keempat (Per: 4.2 untuk cara tiga kumpulan)
-Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B untuk menentukan paasukan ke pertandingan akhir
-pasukan yang kalah dalam perlawanan separuh akhir akan menentukan tempat ketiga dan keempat
*Semua perlawanan kecuali perlawanan akhir dijalankan selama 1 jam 20 minit atau 5 inning untuk kategori umur 15 tahun dan 18 tahun.