Isnin, 15 Ogos 2011

Pengalaman dalam Sukan Sofbol

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Salam satu SOFBOL !!!

Nama saya, rasanya semua kenal kot.. Syed Aminnudin Bin Syed Ismail. Saya bermain sofbol dari Form 1 lagi. Pernah bermain sebagai pemain utama bawah 18 tahun dalam permainan sofbol dan telah mewakili SMK RLKT Lasah di peringkat daerah Kuala Kangsar, Perak. Sebenarnya saya bersyukur sangat dapat bermain kat sekolah tersebut sebab sekolah ni telah berjaya merangkul pingat emas dalam sukan sofbol sebanyak 14 kali berturut-turut. Gambar ini telah diambil oleh seorang makhluk ALLAH pada hari pertama perlawanan sofbol peringkat daerah sebelum menentang SMJK(C) Tsung Wah. Sekolah kami telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan kali ini iaitu pada tahun 2008.

 Saja saya nak pamerkan di sini nama-nama rakan seperjuangan termasuklah jurulatih sofbol yang terdapat di dalam gambar di atas. Kalau ada gambar ja, tak guna juga kan. Dari kiri barisan belakang iaitu Encik Zaimy, Encik Kamarul Amri, Khairul, Farhan, Amirul, Haikal, Safuan, Aidil, dan Encik Adnan. Manakala dari kiri barisan hadapan pula, Shahrizat, Farid, Syed Amin (saya sendiri), Zamri, Al-Padel, dan Adha.

  Masa tu, saya berada di tingkatan 5 dan masih bergiat aktif dalam sukan sofbol kerana minat yang mendalam dalam sukan ini. Jika nak tahu, kami sentiasa bersiap sedia sebelum perlawanan itu diadakan sepertimana pepatah Melayu, 'Sediakan payung sebelum hujan'. Kami berlatih bertungkus-lumus sebulan sebelum perlawanan tersebut diadakan. Alhamdulillah, berkat kesungguhan yang kami tonjolkan, akhirnya pasukan kami yang digelar The Banshees (jembalang maut main sofbol) telah memperoleh tempat pertama dengan berjaya mengalahkan SM Teknik Kuala Kangsar yang berada di tempat kedua dan SMK Tok Muda Abdul Aziz yang berada di tempat ketiga. Kami memang amat berterima kasih kepada coach kami, En. Adnan dan lain-lain sebab giat turun padang untuk melatih kami.

  Perjuangan kami tidak berhenti di sini. Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, enam orang termasuk saya sendiri telah berjaya membawa nama baik sekolah ke peringkat negeri Perak dengan mewakili daerah Kuala Kangsar. Perlawanan ini telah diadakan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Dalam perlawanan tersebut, banyak pasukan dari daerah lain yang telah memberikan tentangan sengit kepada kami. Daerah-daerah yang boleh dikatakan mempunyai benteng yang kuat, antaranya seperti daerah Kinta Utara, Manjung, Hulu Perak, Manong, Taiping dan lain-lain. Bagaikan tengah berperang, kami cuba untuk meletakkan pasukan di tempat yang terbaik. Tetapi apakan daya, kami hanya berjaya ke peringkat suku akhir setelah ditewaskan oleh pasukan dari daerah Manjung. Walaupun terdapat sedikit kekecewaan, kami tetap berpuas hati kerana berpeluang melibatkan diri dalam perlawanan di peringkat negeri ini.

  Pengalaman saya dalam sukan sofbol , tak kan pernah saya lupakan. Sebabnya, pengalaman tersebut memberikan seribu satu makna dalam hidup saya sepertimana terbinanya ukhwah dalam kalangan kami yang sama-sama terlibat dalam sukan berkenaan. Apabila saya teringat akan sukan ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah sahabat-sahabat lama yang kini, entahlah.. saya pun tak tahu dia orang tinggal kat mana (nombor telefon tak sempat nak ambil).

Itu sahaja pengalaman yang dapat saya kongsi dengan anda semua..

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan